Tuesday, July 5, 2011

Foto2 Cute ‘KESAYANGAN’ku…

Ni merupakan koleksi gambar kucing2 yg pernah Lil Ekin dan keluarga bela.. tengokla, ade aksi2 yang mencuit hati…





ni the latest n the only one yg tinggal....nme 'kamsah'..sbb die kucing btina yg garang sgt...

aksi kamsah masa tido..(anak dara tido x sopan btol)



merenung jauh ke depan (kucing yg sgt berwawasan..hehe)  


ni nama dia 'kecik' sebab masa jumpa dia, dia kecik lg..huhu


mcm baby je..




'sangkarku, syurgaku' hehe


nyenyaknye dia tido....zzzzzzzzzzz

"alamak, buncitnya perut aku..malunya.." 

Kecik waktu lepas mandi..sejuk dia...

Ni kucing yg paling family Lil Ekin syg..name dia 'comot' sbb warna dia comot..hehe
tp dlm byk2 kucing, dia la yg pling baik..tp skrg dh xde sbb dh mati..sdhnye..
syg comot sgt2..


ni waktu mula2 kecik dtg rumah..mcm nk gaduh je ngn comot..
tp lame2 jd kwn baik..mcm akak n adik je..hehe



ni plak nama dia hero..




ni heroin, kembar hero..>>adik beradik

ni kucing yg arwah tok bela..nma dia 'nyeng'..
tp xtau plak nape ek..??
comel sgt..


arwah tok syg dia sgt2...
***sebenarnya ade lg kucing lain, tp gambar xde..hehe

Thursday, June 23, 2011

Dunia, Tiket Untuk ke Syurga Atau Neraka..
Yang manakah pilihan anda??

Sebagai seorang Islam, semua orang tahu bahawa semasa hari kebangkitan semua orang akan dihidupkan semula. Dunia ini bersifat sementara. Tetapi ramai yang hanya mengambil dunia semata-mata tanpa mengira akhirat.

“Ah, hidup cuma sekali jadi kita enjoyla.”

Benarkah begitu? Tidakkah mereka sedar bahawa hidup kita bukan sekali, tetapi dua kali. Ya, hidup cuma sementara di dunia, tetapi SELAMA-LAMANYA di akhirat kelak. Dunia ini hanya sebagai tempat kita mengutip bekalan untuk akhirat. Sedarlah bahawa kehidupan di dunia yang sementara inilah yang akan menentukan sama ada kita akan berada di syurga atau neraka akhirnya nanti. Kita cuma perlu bersusah-payah hanya sebentar sahaja. Tetapi, di akhir nanti Allah SWT akan membalas dengan nikmat yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia.

“Kita ni muda lagi, takkan nak habiskan masa muda macam tu je.”

Yakinkah kita akan hidup lama? Berapa lama kita akan hidup? Kalau tiba-tiba Allah cabut nyawa kita bagaimana? Cukupkah segala amalan kita untuk berjumpa dengan Allah?  Ingatlah, di hari kebangkitan nanti kita akan disoal atas setiap amalan kita. Bagaimana kita hendak menjawabnya?

“Ya Allah, aku meninggalkan solat kerana kerja aku lebih penting.”

Atau pun begini, “Wahai Allah, aku tidak menutup aurat kerana aku ingin kelihatan cantik dipandangan manusia.”
Begitukah yang kita akan jawab kepada Pencipta kita kelak? Tidak takutkah engkau dengan NERAKA, wahai manusia?

Lil ekin ambil dari kata-kata seorang akh, “Antum fikir manusia yang biasa-biasa sahaja  yang akan masuk syurga atau manusia yang luar biasa? Adakah Allah menciptakan syurga untuk orang yang biasa-biasa sahaja?”

Persoalan itu telah mambuka minda Lil Ekin untuk berfikir. Adakah kita dengan amalan yang ‘biasa-biasa’ ini boleh masuk syurga? Bolehkah dengan amalan kita yang sedikit ini menjamin kita akan mendapat syurga? Semua itu adalah urusan Allah. Tetapi kita sebagai hamba perlu berusaha untuk menggapai jannahnya. Kerana kita bukan Abu Bakar as-Siddiq, sahabat setia nabi yang sanggup berkorban harta dan nyawa. Kita tidak segagah Umar al-Khattab, pahlawan yang tidak gentar dengan musuh-musuh Islam. Kita hanyalah kita. Umat yang hidup diakhir zaman. Baru diuji iman sedikit sudah jatuh tersungkur. Sedangkan sahabat-sahabat nabi itu sendiri pun masih takut sekiranya bukan mereka yang ditempatkan di syurga, apatah lagi kita??

 Akhir sekali, Lil Ekin suka untuk berkongsi kata-kata yang di ambil dari buku ‘Fanzuru-Maka Lihatlah’ karya Hilal Asyraf :-
“Masa untuk kita bersusah payah, beramal, tunduk taat kepada Allah, hanya sebentar sahaja di dunia ini. Itulah dia semasa kita berada di alam kehidupan sebagai manusia.  Kemudian kita akan mati, dan melalui alam barzakh. Kehidupan di alam barzakh sudah bergantung kepada amal kita di dunia. Panjang alam barzakh tidak kita ketahui. Seharusnya Israfil akan meniupkan sangkakala kedua ketika hari kebangkitan, dan kita akan berada dalam hari perhitungan. Pada hari itu, amalan kita di dunia akan diperhitungkan dengan seketat-ketat perhitungan. Lamanya hari itu tidak kita ketahui. Amal kita di dunia inilah yang akan menentukan sama ada kita melepasi sirat atau tidak.  Jika kita melepasi titian sirat, kita akan ke syurga. Jika kita tidak melepasi titian sirat, maka kita akan ke neraka. Semuanya bergantung kepada amal kita di dunia” Dr. Samirah Tohir

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Hanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah Berjaya. (Ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
Ali-Imran 3:185   

**Berdasarkan perbuatan kita selama ini, rasanya kita telah memilih tiket untuk ke NERAKA. Tidakkah kita mahu menukar haluan kita untuk ke syurga? Buanglah tiket yang lama dan belilah tiket yang baru!

Wednesday, March 16, 2011

Dia Sedang Menanti…

Ketika sedang asyik membaca buku Dialog Para Nabi Dengan Allah, Malaikat dan Syaitan oleh Hj Hasan Muhammad Al-Khairun, ada satu kisah yang membuatkan Lil Ekin begitu tertarik dan ingin berkongsi dengan semua.. Kisah ni mengenai mukjizat nabi iaitu gilingan tepung yang berputar sendiri..Mungkin ada di antara sahabat-sahabat yang pernah tahu atau mendengar kisah ini.. Tapi bagi yang belum pernah tau, kisah ni di ceritakan oleh Abu Hurairah r.a..

Kisah ni berlaku waktu Nabi Muhammad s.a.w pergi ke rumah puteri baginda, Fatimah. Sewaktu di dalam rumah Rasulullah melihat Fatimah menggiling tepung sambil menangis tersedu-sedan. Maka, Rasulullah pun bertanya pada Fatimah mengapa puterinya itu menangis. Fatimah lalu menjawab, “Aku menangis kerana keletihan menggiling tepung ini dan beratnya pekerjaan di rumahku.”Kemudian Fatimah merapati Rasulullah sambil berkata, “Wahai ayah, aku mohon supaya ayah memerintahkan Ali agar ia membeli jariyah (hamba perempuan) untuk aku agar dapat membantu meringankan pekerjaan rumahku yang berat terutama dalam membuat tepung sya’ir.”
Mendengar rintihan puterinya, maka Rasulullah terus berdiri secara berhadapan dengan tepung itu. Baginda mengambil sebiji sya’ir kemudian diletakkan pada penggiling tepung sambil membaca bismillahirrahmanirrahim.. Maka dengan kehendak Allah, penggiling tepung itu pun berputar dengan sendiri dan bertasbih dengan bahasa yan berbeza-beza sehinggalah Rasulullah mengarahkannya untuk berhenti.. Kemudian, dengan izin Allah, batu penggiling itu pun berkata, “Aku khuatir diriku akan menjadi batu yang dimasukkan ke dalam neraka…Wahai Rasulullah, demi Zat yang telah mengutusmu menjadi nabi dan rasul sekiranya engkau memerintahkan aku untuk menggiling seluruh biji sya’ir yang ada di timur mahu pun barat akan aku giling semuanya hingga menjadi tepung.” Maka jawab Rasulullah, “Hai batu, bergembiralah dan bersenanglah sebab engkau akan menjadi batu yang dipakai membangun gedung istana Fatimah di syurga kelak.”

Lihatlah.. Lihatlah.. Lihatlah manusia.. Betapa seketul batu yang tidak dikurniakan nikmat hati dan akal begitu takut jika dihumban ke dalam neraka.. Tetapi engkau manusia, engkau bongkak..Sombong dengan Tuhanmu..Engkau takabbur berdiri di atas bumi Allah..Engkau  angkuh dengan dunia ciptaanmu.. Sedangkan engkau lupa.. Engkau lupa udara yang engkau hirup untuk hidup juga adalah atas ihsan dan belas kasihanNya..Engkau lupa asal usulmu..Lahirnya dirimu adalah dari setitis mani yang amat hina…
Dengan kebesaran Allah kau di jadikan mulia olehNya..Engkau di kurniakan akal fikiran yang tidak terdapat pada makhluk Allah yang lain..Tetapi mengapa kau tidak mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh PenciptaMu wahai manusia..Betapa banyak kerosakan yang telah dilakukan olehmu..Sebelum penciptaanmu, para malaikat berkata engkau hanya akan membuat onar di atas muka bumi..Tiada satu manfaat pun hasil dari kewujudanmu..Tapi Dia.. Dia Yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu…Dia yang engkau pandang enteng mengatakan TIDAK!! Dia yang engkau selalu lupa amat mengasihimu.. Dia tahu dengan penciptaanmu, kau akan menggunakan akal untuk berfikir..Engkau akan menggunakan segala nikmat yang Dia beri untuk menegakkan kalimahNya di muka bumi ini…
 Dengan itu, engkau lebih mulia dari dari makhluknya yang lain, kau lebih bercahaya dari bulan, kau lebih indah dari bintang-bintang di angkasa..Ayuh manusia mulia yang telah Allah  berikan amanah..Bangkitlah..Persiapkan dirimu untuk Allah..Persiapkan dirimu untuk buktikan bahawa kau bukan manusia yang lemah..Kau mampu menyumbang bakti untuk agamamu..Berjuanglah habis-habisan untuk merebut husnul Khatimah…Penggiling itu batu cuma,  tetapi andai di beri peluang, setiap biji sya’ir yang ada di Timur dan Barat ingin digilingnya semata-mata ingin mendapatkan keredhaan Allah..Seorang manusia yang HEBAT sudah tentu boleh melakukan sesuatu yang LEBIH HEBAT..Raihlah cinta Allah, manusia...Allah sentiasa menunggumu..Allah sentiasa perhatikanmu..Dia sentiasa bersamamu walaupun engkau sering kali lupa dengan kehadiran Dia…Dia begitu Agung..Lihat saja Rasulullah junjungan kita..Baginda merupakan seorang manusia yang amat mulia.. Baginda begitu sempurna..Jika engkau lihat Rasulullah itu hebat, Maka PENCIPTANYA sudah tentu lebih hebat…Dia yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu…Jika engkau merasa gah dengan apa yang dah kau miliki sekarang, ternyata engkau silap dalam perhitungan…Hidup dan mati engkau seorang manusia, berada didalam genggamanNya..Pulanglah manusia..Pulanglah…Dia masih menanti dirimu…Dia setia menanti dirimu sehingga sampai masanya kau terkubur sepi…

Monday, February 28, 2011

Nota Cinta Untuk Dia...





Andainya dapat ku menulis 
Nota-nota cinta buat diri Nya
Inginku titipkan bersama 
Semua kuntuman bunga yang indah berseri...

Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Sedang Dia tahu kasih dan cintanya aku
Menjalin ikatan menuju ke syurga...

Cintaku kepada Dia
Rinduku hanya pada Nya
Kasihku tulus buat Nya
Setiaku balas kasih Nya
Kasihku kasih yang setia pada yang punya...

Dambaku pada Yang Esa
Pujian hanya buat Nya
Akurku kebesaran Nya
Teragung Maha Suci Nya
Taatku hamba yang hina pada Pencipta..

Kiranya aku hilang arah.. 
Jalan hidupku berubah punah...
Namun kasih Nya tak pernah akan musnah..
Belas rahmat Nya terus mencurah-curah..
Nur hidayah Nya semakin cerah.. 






Ya Allah..
Di manakah lagi dapat ku temui cinta sejati
kecuali cinta padaMU..
Ke manakah lagi cinta ini harus berlabuh
Kecuali pada kasihMU..
Jadikanlah hati yang lemah ini Ya Allah..
Tertambat kukuh hanya padaMU
Aku mohon redha atas segenap keputusanMU
Kesejukan setelah matiku..
Kenikmatan memandang wajahMU...
Dan kerinduan untuk berjumpa denganMU..
Ampunilah diri ini yang tidak berharga Ya Allah..
Penuhilah kehinaannya dengan maghfirahMU..

Y Allah..
Masukkan aku dalam kalangan hamba-hambaMU
Yang Engkau cintai..
Kurniakanlah aku cinta... Orang yang cinta kepadaMU..
Dan cinta orang... yang cinta kepada orang yang dekat padaMU..
Dan jadikan cintaku padaMU Ya Allah..
Lebih aku cintai dari cintaku ke yang lain..













Sunday, February 6, 2011

Cinta yang Indah...

Duhai  sahabatku sayang...
Renungi dan bisikkan dalam hati ayat-ayat yang ingin aku sampaikan..
Bacalah dengan tenang.. Agar kau mampu berfikir dengan baik..

Dengan nama Tuhan yang menciptaku dengan penuh kecintaan..
Di saat tali-tali telah terputus, dan pintu-pintu juga telah tertutup, maka aku tahu Allahlah yang akan menghapus kedukaanku..
Wahai nafsuku yang paling angkuh.. Biar aku terus menyakitimu, agar kau terdidik oleh tarbiyah Islam..
Biar aku terus mengkhianatimu, mengatakan tidak di saat kau kata ia adalah cinta.. Kerana aku tidak mampu mengkhianati pasanganku yang telah dianugerahkan Ilahi pada masa akan datang..
Biar aku mati mempertahankan cintaku di sisi Ilahi yang cintaNya tak pernah mengecewakanku..
Andai aku turut segala katamu duhai nafsu,aku akan lebih dikecewakan..
Mungkin hari ini aku bersedih di saat kau mengejekku.. Tapi aku yakin kesedihan hari ini pasti dibalas nikmat yang jauh lebih baik..
Aku ingin SYAHID dalam mempertahankan cintaku.. Itu yang ku genggam pada apa yang pernah ku lafazkan dulu..
Sedih itu fitrah bagiku.. Tapi cukuplah sekadar di sisi Dia yang Maha Mengetahui..
Aku tidak akan sampai hancur...
Kerana hatiku milik Allah..
Jiwaku milik Allah..
Jasadku milik Allah..
Dan kau duhai nafsuku juga adalah milik Allah..
Segalanya hanya pinjaman agar aku dapat menghasilkan ibadah yang paling indah untuk dipersembahkan kepada Pemilik Cintaku..
Duhai diri, aku cuma ada Allah dalam hatiku..
Cukuplah Dia sebagai Penolong dan Penenang..
Wahai Pemilik nyawaku, ku seru namaMu hari ini, bawalah duka dan gelisah ini pergi..
Aku akan setia menanti nikmat yang telah Kau janji..
Biarpun aku disalahkan oleh bumi dan segala isi, asalkan cinta sejati Mu milikku abadi....



Hasil nukilan: Kyo Lestaryo

Friday, January 28, 2011

Selamat Hari Lahir Diri..

Wahai diri, ingatlah usiamu makin bertambah dan kau semakin dekat untuk kembali pada PenciptaMU..
Jadilah wanita yang lebih matang dan muslimah yang berkualiti dalam mengharungi kehidupan di menara gading..
Setapak kau melangkah di sini, pulanglah dengan kejayaan yang gilang gemilang.. Kau harus tahu, dengan meningkatnya umurmu kau akan hadapi lebih banyak dugaan dan cabaran yang menagih setinggi-tinggi kesabaran.. Di saat kau jatuh, tabahlah whai diri.. Sematkan di dalam hatimu bahawa setiap apa yang kau tempuhi itu sebenarnya tersirat hikmah dan rahsia.. Itu akan mematangkanmu.. Apa yang dah berlaku, biarkan ia berlalu bersama putaran masa.. Jadikan ia sebagai pengajaran.. Kerana peristiwa semalamlah kau menjadi tabah walaupun kadangkala terasa diri begitu lemah dan kerdil di sisi Yang Esa.. Yakinlah diri, kau mampu berdiri untuk terus berjuang di jalan Pemilik roh dan jasadmu..
  


Wahai Kekasih hatiku, jadikanlah aku sebaik-baik wanita yang tidak berpaling dari hidayahMU.. Jadikanlah aku anak yang solehah yang taat pada kedua ibu bapaku.. Moga kasihmu dapat ku gapai selalu..  Amin Ya Rabb..


Thursday, December 23, 2010

Temuduga: Calon Jenazah

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).
KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet. Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit. Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul. Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?


CARA MEMOHON:


Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Dipetik dari I luv islam

Karya:suryani