Thursday, June 23, 2011

Dunia, Tiket Untuk ke Syurga Atau Neraka..
Yang manakah pilihan anda??

Sebagai seorang Islam, semua orang tahu bahawa semasa hari kebangkitan semua orang akan dihidupkan semula. Dunia ini bersifat sementara. Tetapi ramai yang hanya mengambil dunia semata-mata tanpa mengira akhirat.

“Ah, hidup cuma sekali jadi kita enjoyla.”

Benarkah begitu? Tidakkah mereka sedar bahawa hidup kita bukan sekali, tetapi dua kali. Ya, hidup cuma sementara di dunia, tetapi SELAMA-LAMANYA di akhirat kelak. Dunia ini hanya sebagai tempat kita mengutip bekalan untuk akhirat. Sedarlah bahawa kehidupan di dunia yang sementara inilah yang akan menentukan sama ada kita akan berada di syurga atau neraka akhirnya nanti. Kita cuma perlu bersusah-payah hanya sebentar sahaja. Tetapi, di akhir nanti Allah SWT akan membalas dengan nikmat yang tidak terjangkau oleh pemikiran manusia.

“Kita ni muda lagi, takkan nak habiskan masa muda macam tu je.”

Yakinkah kita akan hidup lama? Berapa lama kita akan hidup? Kalau tiba-tiba Allah cabut nyawa kita bagaimana? Cukupkah segala amalan kita untuk berjumpa dengan Allah?  Ingatlah, di hari kebangkitan nanti kita akan disoal atas setiap amalan kita. Bagaimana kita hendak menjawabnya?

“Ya Allah, aku meninggalkan solat kerana kerja aku lebih penting.”

Atau pun begini, “Wahai Allah, aku tidak menutup aurat kerana aku ingin kelihatan cantik dipandangan manusia.”
Begitukah yang kita akan jawab kepada Pencipta kita kelak? Tidak takutkah engkau dengan NERAKA, wahai manusia?

Lil ekin ambil dari kata-kata seorang akh, “Antum fikir manusia yang biasa-biasa sahaja  yang akan masuk syurga atau manusia yang luar biasa? Adakah Allah menciptakan syurga untuk orang yang biasa-biasa sahaja?”

Persoalan itu telah mambuka minda Lil Ekin untuk berfikir. Adakah kita dengan amalan yang ‘biasa-biasa’ ini boleh masuk syurga? Bolehkah dengan amalan kita yang sedikit ini menjamin kita akan mendapat syurga? Semua itu adalah urusan Allah. Tetapi kita sebagai hamba perlu berusaha untuk menggapai jannahnya. Kerana kita bukan Abu Bakar as-Siddiq, sahabat setia nabi yang sanggup berkorban harta dan nyawa. Kita tidak segagah Umar al-Khattab, pahlawan yang tidak gentar dengan musuh-musuh Islam. Kita hanyalah kita. Umat yang hidup diakhir zaman. Baru diuji iman sedikit sudah jatuh tersungkur. Sedangkan sahabat-sahabat nabi itu sendiri pun masih takut sekiranya bukan mereka yang ditempatkan di syurga, apatah lagi kita??

 Akhir sekali, Lil Ekin suka untuk berkongsi kata-kata yang di ambil dari buku ‘Fanzuru-Maka Lihatlah’ karya Hilal Asyraf :-
“Masa untuk kita bersusah payah, beramal, tunduk taat kepada Allah, hanya sebentar sahaja di dunia ini. Itulah dia semasa kita berada di alam kehidupan sebagai manusia.  Kemudian kita akan mati, dan melalui alam barzakh. Kehidupan di alam barzakh sudah bergantung kepada amal kita di dunia. Panjang alam barzakh tidak kita ketahui. Seharusnya Israfil akan meniupkan sangkakala kedua ketika hari kebangkitan, dan kita akan berada dalam hari perhitungan. Pada hari itu, amalan kita di dunia akan diperhitungkan dengan seketat-ketat perhitungan. Lamanya hari itu tidak kita ketahui. Amal kita di dunia inilah yang akan menentukan sama ada kita melepasi sirat atau tidak.  Jika kita melepasi titian sirat, kita akan ke syurga. Jika kita tidak melepasi titian sirat, maka kita akan ke neraka. Semuanya bergantung kepada amal kita di dunia” Dr. Samirah Tohir

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati. Hanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya dia telah Berjaya. (Ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.”
Ali-Imran 3:185   

**Berdasarkan perbuatan kita selama ini, rasanya kita telah memilih tiket untuk ke NERAKA. Tidakkah kita mahu menukar haluan kita untuk ke syurga? Buanglah tiket yang lama dan belilah tiket yang baru!

1 comment: